YBHG. DATO’ SRI DR.
MOHD UZIR MAHIDIN
2017
JABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
/ present
PENERAJU DOSM
Federation of Malaysia
|
C.H. HARVIE
DOSM Leaders
YBHG. DATUK DR. HAJI
ABDUL RAHMAN HASAN
YBHG. DATO’ HAJAH
NORMAH MOHD ARIS
YBHG. DATO’
SHAARI ABDUL RAHMAN
YBHG. DATO’
KHOO TEIK HUAT
YBHG. DATO’ HAJAH
WAN RAMLAH
WAN ABD. RAOF
YBRS. TUAN HAJI
AZIZ OTHMAN
YBRS.
KHO SOO GIM
YBHG. DATUK
RAMESH CHANDER
2004
- 2017
- 2007
H. FELL
- kini
- 2004
- 1992
- 1977
- 1995
- 2005
- 2011
2005
1995
2011
1978
1966
2007
1992
YBHG. DATO’ SRI DR.
MOHD UZIR MAHIDIN
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
2017
- kini
Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dilahirkan pada 8 Julai 1966 dan mula mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Bharu dan Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada 1989. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Master of Arts in Economics di Vanderbilt University Nashville, USA pada 2003 dan seterusnya di peringkat Doktor Falsafah di University of Sheffield, UK pada 2013.
Beliau mula berkhidmat dalam skim Perangkawan pada 2 Januari 1990 dan dilantik sebagai Ketua Perangkawan Malaysia, berkuat kuasa 14 Februari 2017 sehingga kini. Beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M) dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke XIV pada tahun 2016. Kronologi perkhidmatan beliau adalah seperti berikut:
i) 1990: Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Pulau Pinang
ii) 1992: Perangkawan, Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan
iii) 1992: Perangkawan, Bahagian Perangkaan Akaun Negara
iv) 2003: Timbalan Pengarah, Bahagian Perangkaan Akaun Negara
v) 2007: Pengarah, Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri
vi) 2011: Pengarah, Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan
vii) 2015: Timbalan Ketua Perangkawan, Program Sosial/Demografi
viii) 2017: Ketua Perangkawan Malaysia Kerjaya beliau yang berpengalaman lebih 33 tahun dalam bidang perangkaan telah merangkumi peranan sebagai Head of the National Statistical Office, Executive Committee of the International Association of Official Statistics, Executive Committee of Institute Statistics Malaysia, Chair of the National Organising Committee of ISI World Statistics Congress 2019 dan beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Banci Keenam pada tahun 2020.
Buat pertama kalinya, beliau memperkenalkan Statistik Subnasional Parlimen dan DUN dan My Local Stats mengikut negeri yang mengandungi statistik hingga ke peringkat pentadbiran terkecil. Dalam sejarah penyebaran statistik DOSM, beliau telah melaksanakan transformasi Jabatan dengan menerajui penggunaan media sosial dalam komuniti statistik yang melibatkan golongan muda, pengguna dan stakeholders. Beliau juga terlibat secara aktif dalam pembangunan statistik dalam negara dan antarabangsa. Sumbangan terbaru beliau adalah menerajui inisiatif memperkukuh Sistem Statistik Negara dan peranan DOSM sebagai organisasi statistik rasmi negara dengan melaksanakan tujuh agenda utama bagi mengharungi cabaran yang dinamik pada masa sekarang dan akan datang. YBHG. DATUK DR. HAJI
ABDUL RAHMAN HASAN
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
2011
- 2017
Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Peringat dan Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1957, merupakan seorang yang tegas dan dedikasi dalam menjalankan tugas.
Mula dilantik dalam skim Perangkawan pada 20 Disember 1980 dan telah disahkan dalam jawatan pada 25 Mac 1982.
Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Statistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Master of Arts in Demography di Australia National University pada 1987 dan seterusnya di peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1997. Kronologi perkhidmatan beliau adalah seperti berikut:
i) 1980-1983: Perangkawan, Kementerian Wilayah Persekutuan
ii) 1983-1985: Perangkawan, Bahagian Pertanian
iii) 1987-1988: Perangkawan, Bahagian Demografi
iv) 1988-1992: Perangkawan, Bahagian Tenaga Buruh dan Migrasi
v) 1996-2001: Perangkawan, Bahagian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah
vi) 2001-2002: Pengarah, Bahagian Pembangunan Perangkaan
vii) 2002-2003: Pengarah, Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan
viii) 2003-2005: Pengarah, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor
ix) 2006-2007: Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
x) Jun – Okt 2007: Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Perkhidmatan
xi) Nov 2007 – Sept 2011: Timbalan Ketua Perangkawan
xii) Sept 2011 – Feb 2017: Ketua Perangkawan Beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam bidang statistik sama ada di dalam atau di luar negara. Antara penglibatan beliau di peringkat antarabangsa ialah:
i) Asian Development Bank and World Bank: International Comparison Programme for Prices Statistics, 2003;
ii) ASEAN Secretariat: Task Force on Harmonization of Statistical Classification, 2006;
iii) UNDP, Georgia Institute of Technology Atlanta, USA & UPE: Knowledge Content Survey 2007;
iv) World Bank & UPE: Productivity and Investment Climate Survey Malaysia 2007; dan
v) Institute of Developing Economies-Japan External Trade Organization: Compilation and Use of the 2005 Asian International Input-Output Table, 2007/2009.
Antara kertas pembentangan yang pernah dibentangkan oleh beliau ialah:
i) Household Income Survey in Malaysia pada tahun 1996 dibentangkan di Expert Group of Income Statistics (The Canberra Group);
ii) Poverty in Malaysia yang dibentangkan di Workshop on Strengthening Poverty Data Collection and Analysis; dan
iii) Business Tendency Survey in Malaysia yang telah dibentangkan di Workshop on Composite Leading Indicators and Business Tendency Surveys in the Asia/Pacific Region. YBHG. DATO’ HAJAH
WAN RAMLAH
WAN ABD. RAOF
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
2007
- 2011
Dato’ Hjh. Wan Ramlah binti Wan Abd. Raof memulakan perkhidmatan di Jabatan Perangkaan pada 15 November 1976. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 3 Oktober 2007.
Cabaran utama yang dihadapi oleh beliau sebagai Ketua Perangkawan adalah membawa Jabatan ke tahap yang lebih tinggi bukan hanya untuk mencapai visi Jabatan tetapi mencapai harapan tertinggi di kalangan stakeholders di samping peningkatan permintaan daripada pengguna.
Dato’ Hjh. Wan Ramlah selalu menekankan aspek kualiti bagi output dan produk Jabatan supaya menepati piawaian yang ditetapkan. Ini terbukti melalui penganugerahan sijil MS ISO 9001:2000 kepada Jabatan pada November 2008 bagi tiga proses utama. Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian, beliau menekankan pentingnya pelaksanaan dan pemantauan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan.
Dalam pemodenan sistem penyampaian, projek ICT Strategic Plan telah direalisasikan melalui pelaksanaan projek National Enterprise-Wide Statistical Systems (NEWSS). Beliau juga telah memperkenalkan penggunaan Personal Digital Assistant (PDA) dan e-Survey untuk pengumpulan data. Dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian, dua pangkalan data interaktif berkaitan SME dan pertanian telah dibangunkan manakala pangkalan data bagi alam sekitar masih dalam pembangunan.
Beliau percaya kejayaan Jabatan juga bergantung pada tenaga kerja yang kompeten dan mahir. Penubuhan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) turut menyumbang kepada program pembangunan modal insan di Jabatan. Beliau turut menggalakkan penyertaan pegawai dalam seminar, bengkel dan mesyuarat peringkat antarabangsa bukan hanya untuk meningkatkan imej Jabatan tetapi juga memperluaskan rangkaian jaringan di kalangan komuniti statistik antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, Jabatan telah menyertai Anugerah Kualiti Perdana Menteri dan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja. Jabatan juga telah memenangi pertandingan Pejabat Terbaik dan Keceriaan Pejabat yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai peneraju Jabatan, beliau komited dalam melaksanakan visi dan misi Jabatan untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia dengan komitmen dan sokongan daripada anggota Jabatan. Beliau bersara sebagai Ketua Perangkawan pada 11 Ogos 2011. YBHG. DATO’ HAJAH
NORMAH MOHD ARISF
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
2005
- 2007
Dato’ Hjh. Normah bt. Mohd Aris mula berkhidmat di Jabatan Perangkaan pada 14 November 1974. Beliau menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan Ketua Perangkawan apabila dilantik ke jawatan berkenaan pada 3 Disember 2005.
Bersesuaian dengan perkembangan ICT, keupayaan dan kecekapan Jabatan dalam membekalkan data terus dipertingkatkan semasa kepimpinan beliau melalui pelancaran projek ICT Strategic Planning (ISP) Jabatan. Pada masa yang sama, lanjutan daripada Banci Baseline Pertubuhan dan Enterpris 2005, pangkalan data enterpris kecil dan sederhana telah dibangunkan.
Semasa menjadi peneraju Jabatan, beliau meneruskan pelaksanaan PERKASA STATS yang dimulakan oleh peneraju terdahulu.
Dalam merealisasikan misi Jabatan untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan terlatih, beliau menitikberatkan budaya pembelajaran berterusan di kalangan anggota. Semasa pentadbiran beliau, cadangan penubuhan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Pada tahun 2007, di bawah kepimpinan beliau, Jabatan telah berjaya mendapatkan kelulusan bagi penstrukturan semula Jabatan yang melibatkan pertambahan sebanyak 1,033 jawatan baru. Di samping pewujudan dua bahagian baru iaitu Bahagian Koordinasi Data dan Bahagian Perangkaan Pertanian dan Asas Tani, sebanyak 10 Pejabat Operasi telah ditambah di seluruh negara. Beliau telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada tahun 2006 yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Perangkawan pada 15 September 2006. Bagaimanapun, berdasarkan kepimpinan beliau yang cemerlang, perkhidmatan beliau dilanjutkan sehingga 2 Oktober 2007.
YBRS. TUAN HAJI
AZIZ OTHMAN
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
2004
- 2005
Hj. Aziz b. Othman telah memulakan perkhidmatan di Jabatan Perangkaan sebagai Perangkawan pada 1 April 1973. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 20 September 2004.
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan tahun 1991 bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam tahun 2002, beliau telah mengetuai penyiasatan Productivity Investment Climate Survey (PICS) dengan kerjasama Bank Dunia dan Unit Perancang Ekonomi.
Pada tahun 2005, telah Jabatan dipertanggungjawabkan menjalankan untuk Banci Pertanian dan beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Banci Pertanian untuk memantau operasi banci tersebut. Pada tempoh yang sama, beliau telah diamanahkan untuk melaksanakan Banci Baseline Pertubuhan dan Enterpris.
Beliau telah memulakan usaha untuk penstrukturan semula Jabatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai PERKASA STATS. Semasa pentadbiran beliau, Rancangan Korporat ketiga meliputi tempoh 2004 hingga 2009 telah dihasilkan.
Selepas persaraan beliau pada 2 Disember 2005, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pakar Runding untuk Pasukan Petugas bagi mengkaji semula peranan dan fungsi Jabatan Perangkaan. Beliau telah memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun. YBHG. DATO’
SHAARI ABDUL RAHMAN
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
1995
- 2004
Dato’ Shaari b. Abdul Rahman memulakan karier sebagai Perangkawan pada 1 Mei 1971. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Perangkawan yang keempat mulai 16 September 1995.
Di antara daya usaha yang dipelopori beliau adalah memperkukuhkan perkhidmatan Jabatan melalui pengukuhan peranan Jabatan Negeri sebagai ‘Barisan Hadapan’ dalam pengumpulan data. Beliau juga memperkenalkan penggunaan ICT dalam prosesan dan penghantaran data secara online melalui File Transfer Protocol (FTP) daripada JP Negeri ke Ibu Pejabat. Pada tahun 1995, penggunaan SIDAP telah dipertingkatkan dan disesuaikan penggunaannya ke JP Negeri.
Di bawah pentadbiran beliau, selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, Sistem Pangkalan Data Rangka Banci (SPDRB) telah dibangunkan. Hasil dorongan dan sokongan beliau, laman web Jabatan telah dibangunkan. Laman web Jabatan telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web Terbaik sempena sambutan Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri 2001 dan merupakan salah satu pemenang dalam Top 20 Best Government Websites 2000 dan 2001. Jabatan juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada lima laman web terbaik dalam Anugerah Internet Malaysia.
Dalam tahun 2000, di bawah pimpinan beliau, Jabatan telah dianugerahkan MS ISO 9002:1994 bagi perkhidmatan berkualiti untuk pengumpulan, pemprosesan, pentafsiran dan penyebaran Indeks Harga Pengguna dan Statistik Harga Pengguna Lain.
Selepas persaraan beliau pada 19 September 2004, beliau meneruskan khidmat sebagai Penasihat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan bidang statistik. Pada masa kini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada empat anak syarikat FELCRA.
Beliau dikurniakan Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato’ pada 19 April 2000. YBRS. KHO SOO GIM
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
1992
- 1995
Khoo Soo Gim memulakan karier sebagai Perangkawan di Biro Statistik, Malaysia pada 1 Oktober 1963. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 15 Disember 1992.
Beliau telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan pada tahun 1980 dan 1991. Sebagai Ketua Perangkawan, Encik Khoo menyambung tanggungjawab beliau sebagai Pesuruhjaya Banci dan meneruskan penyediaan laporan Banci Penduduk dan Perumahan 1991.
Beliau telah menyambung Program Pengurusan Strategik melalui pengeluaran Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) kedua untuk tempoh 1993 hingga 1997.
Di bawah pentadbiran beliau juga, Sistem Daftar Pusat (SIDAP) yang merupakan sistem bersepadu direktori berpusat telah dibangunkan untuk melengkapkan rangka pertubuhan dan enterpris. Pada masa yang sama, sistem prosesan data secara berkomputer telah diperkenalkan di Cawangan Negeri yang mana sebelum ini data diproses di Ibu Pejabat.
Encik Khoo bersara pada 15 September 1995 dan kemudian dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari Januari 1996 sehingga Januari 2001. YBHG. DATO’
KHOO TEIK HUAT
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
1978
- 1992
Dato’ Khoo Teik Huat mula berkhidmat di Biro Statistik, Persekutuan Tanah Melayu pada 5 April 1961 dan dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 18 Mei 1978. Beliau meneruskan kesinambungan tugas Ketua Perangkawan sebelumnya dalam mengukuhkan sistem pengumpulan dan prosesan data perangkaan melalui penubuhan Jawatankuasa Pengguna Utama dan Jawatankuasa Pemandu Statistik. Kedua-dua jawatankuasa ini berperanan untuk menetapkan garis panduan, dasar serta keutamaan bagi aktiviti-aktiviti perangkaan.
Sebagai Ketua Perangkawan, beliau telah memperkenalkan Program Pengurusan Strategik Jabatan di mana segala program dan aktiviti Jabatan telah digariskan dan disasarkan pencapaiannya dalam Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) untuk tahun 1988 hingga 1992. Untuk mempercepatkan kerja-kerja prosesan data, beliau telah memperluaskan peranan Cawangan Negeri dalam kerja-kerja berkaitan prosesan data, yang mana sebelum ini hanya terlibat dari segi pungutan data sahaja. Pendekatan ini telah mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan pengeluaran data dari sesuatu banci/penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan.
Dari aspek pembangunan sumber manusia, beliau sering menekankan keperluan meningkatkan keupayaan dan kecekapan anggota bagi mencapai objektif Jabatan. Justeru, beliau telah meletakkan batu asas dalam pelaksanaan program latihan dalaman di kalangan warga Jabatan. Program latihan dalaman ini telah dilaksanakan secara berterusan mulai pertengahan tahun 1988. Di samping itu, beliau telah juga memperkenalkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Jabatan pada tahun 1989. Tujuan GIS diwujudkan adalah untuk melaksanakan aktiviti Banci Penduduk dan Perumahan bagi memuatkan data-data geografi yang berkaitan dengan geostatistik dan data pentadbiran.
Beliau telah menerima gelaran Dato’ daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 16 Julai 1991 berdasarkan sumbangan yang cemerlang kepada negara dan bersara pada 14 Disember 1992. YBHG. DATUK
RAMESH CHANDER
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
1966
- 1977
Datuk Ramesh Chander telah memulakan karier di Biro Statistik, Persekutuan Tanah Melayu pada 3 November 1958. Beliau merupakan anak Malaysia yang pertama dilantik sebagai Ketua Perangkawan pada 1 Januari 1966.
Semasa pentadbiran beliau, Jabatan merupakan agensi yang paling ke hadapan dalam penggunaan teknologi maklumat memandangkan Jabatan adalah yang pertama menggunakan komputer.
Semasa beliau memegang jawatan Ketua Perangkawan, Jabatan telah berhadapan dengan permintaan pelbagai data baru dan segera bagi penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun serta kekurangan tenaga kerja profesional. Jabatan mendapatkan bantuan teknikal luaran sebagai pelan serampang dua mata iaitu untuk menimba pengalaman daripada pakar antarabangsa yang berpengalaman dalam melaksanakan program kerja utama dan pemindahan pengetahuan. Penggunaan strategi ini telah membawa kepada pembentukan program UNDP TA bersepadu yang bernilai sejuta ringgit untuk memperkukuhkan kapasiti statistik. Model kapasiti statistik yang dibangunkan merupakan usaha perintis dan mendapat penghargaan serta dijadikan model oleh Bangsa-bangsa Bersatu (UN) kepada negara lain seperti Iran dan Indonesia.
Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan yang pertama pada tahun 1970. Banci ini menggunakan teknologi pengimbasan untuk tangkapan data menjadikan Malaysia antara negara membangun yang berjaya mengaplikasikan teknologi ini. Di bawah kepimpinan beliau juga, Penyiasatan Selepas Banci (PSB) yang memungut data mengenai pendapatan, kesuburan dan tenaga buruh melalui pemadanan rekod bancian individu telah dijalankan. Ini bukan sahaja usaha perintis tetapi juga pencapaian yang signifikan.
PSB menjadi asas metodologi yang digunakan oleh World Bank dalam kajian mengukur standard kependudukan, kaedah penyiasatan yang diguna pakai masa kini secara global.
Sepanjang 12 tahun beliau sebagai Ketua Perangkawan, beliau telah berjaya menggerakkan Jabatan sebagai agensi pengumpul data yang utama. Jabatan telah berkembang dengan pesat daripada 10 orang anggota profesional pada tahun 1964 kepada 100 orang pada tahun 1977.
Beliau bersara sebagai Ketua Perangkawan pada 31 Disember 1977 dan kemudiannya menyertai World Bank. FEDERATION OF
MALAYSIA
navigate_beforenavigate_nexthomeJABATAN
PERANGKAAN
MALAYSIA
C.H. HARVIE
H.FELL